Setelah mendaftar kehadiran semua pelajar memasuki dewan sekolah untuk mendengar taklimat dan ucapan. Majlis dipengerusi oleh Penyelia Tingkatan Satu iaitu Cikgu Mohd Akhir bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli bin Yaakob. Seterusnya taklimat perjalanan program pendaftaran oleh Penolong Kanan Petang. Seterusnya taklimat tentang peraturan sekolah serta asrama oleh Penolong Kanan HEM. Akhir sekali ucapan Pengetua Sekolah yang menyentuh tentang Visi dan Misi Sekolah, Dual Language Program dan nasihat-nasihat umum untuk pelajar tingkatan satu.
Para pelajar yang ingin memasuki kelas Aliran Agama seterusnya diminta untuk menduduki Ujian Kelas Aliran Agama. Pelajar-pelajar lain diminta bergerak ke Koperasi Sekolah untuk membeli kelengkapan dan alat tulis. Akhir sekali pelajar tingkatan satu diarahkan untuk mengambil buku teks. Setelah selesai pengambilan buku teks berakhirlah atur cara untuk hari pendaftaran.
Setakat hari pertama 142 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan