Pada 14 September 2017 Sesi petang SMK Dato Syed Ahmad telah mengadakan pertandingan pakaian bertemakan jalur gemilang. Pertandingan dijalankan selepas rehat dari jam 4.00 hingga 5.00 petang bertempat di Kafeteria Sekolah. Terdapat 12 kumpulan mengambil bahagian.
Para peserta diminta naik ke pentas untuk memeperagakan pakaian masing-masing. Mereka telah menunjukkan kreativiti yang tinggi semasa membuat persembahan. Gaya ala pahlawan silam, gaya remaja semasa dan gaya masyarakat majmuk menjadi inspirasi para peserta. Berikut berupa persembahan yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera guru-guru.
Pada 1.10.2017 acara penyampaian hadiah telah disempurnakan kepada para pemenang. Kumpulan 1E4 lelaki telah menjadi johan keseluruhan. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Pelajar Perempuan 1E1 dan tempat kedua oleh kumpulan Lelaki 1E1. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan pelajar perempuan dari 1A1. Semua pelajar diberi hadiah saguhati sebagai penghargaan atas kesungguhan mereka dalam pertandingan.
Semoga pada masa akan datang pertandingan ini akan diteruskan lagi kerana ia sangat bermakna buat pelajar. Terima kasih kepada semua guru sesi petang yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan