Translate

Khamis, 15 Januari 2015

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DI SMK DATUK SYED AHMAD KUALA NERANG

Minggu orientasi merupakan minggu yang diadakan di sekolah-sekolah dengan tujuan+
1. memberi pendedahan awal tentang persekitaran baru pelajar
2. membina sosialisasi yang sihat dalam kalangan pelajar
3. membina keyakinan diri dalam diri pelajar

Program orientasi ini dikendali oleh Guru Kaunseling Sekolah iaitu Pn Siti Afidah binti Ali dan dibantu oleh fasilitator dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

Berbagai-bagai aktiviti dijalankan sepanjang program seperti taklimat tentang disiplin, PBS, PAJSK, buku teks, biasiswa, Pusat Sumber, Program Nilam dan sebagainya.
Selain itu pelajar-pelajar tingkatan satu juga diberi peluang mencuba bakat dalam acara memanah yang merupakan bidang kluster sekolah ini.
Majlis penutup minggu orientasi telah dijalankan pada 15 Januari 2015 oleh Penolong Kanan Petang. Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Seterusnya bacaan doa oleh wakil pelajar, ucapan wakil pelajar, ucapan Penutup oleh Puan Khadijah dan diakhiri dengan persembahan pelajar.
Persembahan nyanyian oleh Pelajar
Menguji bakat menimbang bola

Ucapan kaunselor

Perasmian Penutup

Guru-guru yang hadir dalam majlis penutupan

Ucapan wakil pelajar
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program orientasi 2015. Semoga anak-anak pelajar berjaya mengharungi alam sekolah menengah.

Rabu, 14 Januari 2015

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 tahun 2015





30.12.2014  merupakan hari pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2015. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran waris pelajar. Pendaftaran waris pelajar perlu dilakukan untuk memenuhi  data sarana ibu bapa.
Ust Zulkifli Yaakob sebagai Pengerusi Majlis

Pn Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Pentadbiran

Tepat jam 9.00 pagi majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Petang iaitu Pn Hajah Khadijah binti Ahmad yang mengalu-alaukan kehadiran ibu bapa seterusnya menerang tentatif program yang akan berlangsung pada hari ini dan keesokan hari. Seterusnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  iaitu En Roshidi Bin Derani memberi ucapan dengan memberi tumpuan kepada peraturan sekolah, asrama dan sarana ibu bapa. Penolong Kanan Pentadbiran pula iaitu Tuan Haji Abdul Rahman b Malik menyentuh tentang cara belajar pelajar sekolah menengah dan silibus yang akan diikuti oleh pelajar.

Pn Pengetua sedang berucap
 Kemuncak ucapan ialah ucapan Pn Pengetua iaitu Pn Hajah Che Puteh binti Ahmad. Beliau menyentuh tentang kecemerlangan sekolah kluster dan kepentingan para pelajar bergerak ke arah tersebut. Beliau juga menasihati ibu bapa agar menjaga kebajikan anak-anak tingkatan satu.
Pelajar khusyuk mendengar taklimat

Setelah tamat semua ucapan oleh pentadbir sekolah,  pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran. Tawaran kemasukan ke sekolah ini dibuat oleh Pejabat Pendidikan  Daerah Padang Terap berdasarkan keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2B. Para pelajar seterusnya ke koperasi sekolah untuk membeli keperluan seperti buku tulis, baju t rasmi sekolah, alat tulis dan sebagainya.

Pada 31.12.2014 pula diadakan program ujian Kelas Aliran Agama untuk mencari calon-calon yang layak ditempatkan dalam aliran agama. Soalan yang ditanya berkaitan kemahiran menulis jawi, bahasa Arab dan membaca al-Quran. Seramai 54 orang pelajar telah terpilih untuk menduduki kelas 1 Agama 1 dan 1 Agama 2. Kelas agama begitu tinggi permintaan daripada ibu bapa namun pihak sekolah tidak mampu membuka lebih banyak kelas. Mungkin pada masa depan lebih banyak kelas agama akan dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ujian Kelas Aliran Agama