Pada 14 September 2017 Sesi petang SMK Dato Syed Ahmad telah mengadakan pertandingan pakaian bertemakan jalur gemilang. Pertandingan dijalankan selepas rehat dari jam 4.00 hingga 5.00 petang bertempat di Kafeteria Sekolah. Terdapat 12 kumpulan mengambil bahagian.
Para peserta diminta naik ke pentas untuk memeperagakan pakaian masing-masing. Mereka telah menunjukkan kreativiti yang tinggi semasa membuat persembahan. Gaya ala pahlawan silam, gaya remaja semasa dan gaya masyarakat majmuk menjadi inspirasi para peserta. Berikut berupa persembahan yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera guru-guru.
Pada 1.10.2017 acara penyampaian hadiah telah disempurnakan kepada para pemenang. Kumpulan 1E4 lelaki telah menjadi johan keseluruhan. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Pelajar Perempuan 1E1 dan tempat kedua oleh kumpulan Lelaki 1E1. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan pelajar perempuan dari 1A1. Semua pelajar diberi hadiah saguhati sebagai penghargaan atas kesungguhan mereka dalam pertandingan.
Semoga pada masa akan datang pertandingan ini akan diteruskan lagi kerana ia sangat bermakna buat pelajar. Terima kasih kepada semua guru sesi petang yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Translate
Ahad, 1 Oktober 2017
Selasa, 31 Januari 2017
PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2017
Pada29.12.2016 bersamaan hari Khamis, pihak sekolah telah menerima kemasukan pelajar baru tingkatan satu untuk tahun 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi di mana para pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran yang disediakan. Mereka membawa bersama-sama surat tawaran, keputusan peperiksaan UPSR serta salinan kad pengenalan.
Setelah mendaftar kehadiran semua pelajar memasuki dewan sekolah untuk mendengar taklimat dan ucapan. Majlis dipengerusi oleh Penyelia Tingkatan Satu iaitu Cikgu Mohd Akhir bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli bin Yaakob. Seterusnya taklimat perjalanan program pendaftaran oleh Penolong Kanan Petang. Seterusnya taklimat tentang peraturan sekolah serta asrama oleh Penolong Kanan HEM. Akhir sekali ucapan Pengetua Sekolah yang menyentuh tentang Visi dan Misi Sekolah, Dual Language Program dan nasihat-nasihat umum untuk pelajar tingkatan satu.
Para pelajar yang ingin memasuki kelas Aliran Agama seterusnya diminta untuk menduduki Ujian Kelas Aliran Agama. Pelajar-pelajar lain diminta bergerak ke Koperasi Sekolah untuk membeli kelengkapan dan alat tulis. Akhir sekali pelajar tingkatan satu diarahkan untuk mengambil buku teks. Setelah selesai pengambilan buku teks berakhirlah atur cara untuk hari pendaftaran.
Setakat hari pertama 142 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.

Jumaat, 27 Januari 2017
KEM PEMANTAPAN SOLAT TINGKATAN 1 2017
Alhamdulillah pada 26 dan 27 haribulan Januari bersamaan hari Khamis dan Jumaat telah berlangsung Kem Solat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. Kem ini merupakan program tahunan yang dirancang khusus untuk pelajar tingkatan 1. Kem bermula dengan pendaftaran pelajar pada jam 12.00 tengahari Khamis. Selesai pendaftaran, para pelajar telah diberi taklimat tentang peraturan asrama oleh Cikgu Mohd Akhir b Hassan. Setelah itu pelajar solat dan setelah selesai solat Zohor bermulalah kem dua hari satu malam ini.
Atur cara program adalah seperti berikut :
Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Pengetua sekolah. Kami sangat bersyukur kerana kamilah kumpulan yang pertama dapat bersama-sama dengan pengetua yang baru melaporkan diri pada 25 Januari lalu. Semoga usaha baik ini akan terus berjalan pada tahun akan datang.
Objektif program ini adalah :
1)
Mempraktikkan ibadah solat dengan sempurna di kalangan pelajar.
2) Memberi bimbingan kepada para pelajar tentang
kaifiat dan kelebihan solatberpandukan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kajian
saintifik.
3) Membetulkan bacaan-bacaan dalam solat dalam
kalangan pelajar.
Atur cara program adalah seperti berikut :
26
Januari2017 (Khamis)
MASA
|
PERKARA
|
Tempat
|
Tindakan
|
12.00 pm -2.00 pm
|
Pendaftaran pelajar / taklimat asrama
|
Surau
|
JK pendaftaran
En. Mohd Akhir
|
2.00 pm – 3.00 pm
|
Solat Zohor/ Taklimat
|
Surau
|
Jk Kerohanian/ Ketua Fasi
|
3.00 pm – 4.00 pm
|
Ice Breaking
|
Dewan
|
Fasilitator
|
4.00 pm – 4.50 pm
|
LDK 1 : (Pengenalan Solat & Wuduk)
|
Dewan
|
Fasilitator
|
4.50 pm – 5.15 pm
|
Solat Asar
|
Surau
|
JK Kerohanian
|
5.15 pm – 6.15 pm
|
Riadah: (Tayammum)
|
Dataran Sekolah
|
Fasilitator
|
6.15 pm – 7.15pm
|
Persiapan Diri / Makan
Malam
|
Kantin
|
JK Makanan
|
7.15 pm – 9.00pm
|
Solat Maghrib/Kuliah Maghrib : (Kepentingan
Solat)
Oleh :
Us.Misbahuddin bin Yusuf
|
Surau
|
JK Kerohanian
|
9.00 pm – 9.30 pm
|
Solat Isyak
|
|
JK Kerohanian
|
9.30 pm – 10.30
pm
|
LDK 2 :(Pengenalan Mandi Wajib dan
cara-cara mandi Wajib)
|
Surau/
Dewan
|
|
10.30 pm – 11.00
pm
|
Minum Malam
|
Kantin
|
JK Makanan
|
11.30 pm
|
Tidur
|
Asrama
|
JK Penginapan
|
27
Januari 2017 (Jumaat)
MASA
|
PERKARA
|
Tempat
|
Tindakan
|
4.30 am-5.00 am
|
Persiapan Diri
|
Asrama
|
JK Penginapan
|
5.00 am – 6.00 am
|
Qiyamulail
Oleh : Ust Mohd Isa bin Awang Ahmad
|
Surau
|
JK Kerohanian
|
6.00 am – 7.30 pm
|
Solat Subuh/Kuliah Subuh :
(Akidah Islamiyyah)
Oleh : Ust Ahmad Lutfi bin Abdullah
|
Surau
|
JK Kerohanian
|
7.30 am – 8.00 am
|
Senaman Pagi
|
Dataran Sekolah
|
Fasilitator
|
8.00 am – 9.00 am
|
Sarapan Pagi
|
Kantin
|
JK Makanan
|
9.00 am – 9.15 am
|
Solat Sunat Dhuha
|
Surau
|
JK Kerohanian
|
9.15 am – 11.15 am
|
LDK 3 :
(Bacaan & Amali Praktikal Solat)
|
Dewan
|
Fasilitator
|
11.30 am – 12.00 am
|
Majlis Perasmian Penutup oleh Pengetua
|
Surau
|
Setiausaha
|
Langgan:
Catatan (Atom)