Translate

Selasa, 31 Januari 2017

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2017

Pada29.12.2016 bersamaan hari  Khamis, pihak sekolah telah menerima kemasukan  pelajar baru  tingkatan satu untuk tahun 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi di mana para pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran yang disediakan. Mereka membawa bersama-sama surat tawaran, keputusan peperiksaan UPSR  serta salinan kad pengenalan.




Setelah mendaftar kehadiran semua pelajar memasuki dewan sekolah untuk mendengar  taklimat dan ucapan. Majlis dipengerusi oleh Penyelia Tingkatan Satu iaitu Cikgu Mohd Akhir bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli bin Yaakob. Seterusnya taklimat perjalanan program pendaftaran  oleh Penolong Kanan Petang. Seterusnya taklimat tentang peraturan sekolah serta asrama oleh Penolong Kanan HEM. Akhir sekali ucapan Pengetua Sekolah yang menyentuh tentang Visi dan Misi Sekolah, Dual Language Program dan nasihat-nasihat umum untuk pelajar tingkatan satu.
















Para pelajar yang ingin memasuki kelas Aliran Agama seterusnya diminta untuk menduduki  Ujian Kelas Aliran Agama. Pelajar-pelajar lain  diminta bergerak ke Koperasi Sekolah untuk membeli kelengkapan dan alat tulis. Akhir sekali pelajar tingkatan satu diarahkan untuk mengambil buku teks. Setelah selesai pengambilan buku teks berakhirlah  atur cara untuk hari pendaftaran.





Setakat hari pertama 142 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan