Translate

Selasa, 10 Februari 2015

PROGRAM MOTIVASI DAN JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG

Pada hari ini 9 Februari 2015, telah berlangsung program motivasi yang dianjurkan bersama oleh Unit Kaunseling  dan  Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Tahniah kepada Cikgu Siti Afidah Ali dan Cikgu Abdul Ghafar atas usaha murni menjayakan program ini.

Antara tajuk-tajuk pengisian  ialah  Menggali Potensi Diri, Ceramah Jati Diri Remaja - Cinta Diri &  Cinta Negara, Belajar Hebat, Fokus Mantap dan Penilaian dan Resolusi Diri.
Program berakhir pada jam 6.30 petang.

Sabtu, 7 Februari 2015

KEM PEMANTAPAN SOLAT TINGKATAN 1 2015



Alhamdulillah bersyukur kita kerana Kem Pemantapan  Solat untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah selesai dijalankan dengan jayanya pada 5 dan 6 Februari. Kem bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 4.10 petang. Seterusnya peserta diberi taklimat ringkas tentang program dan penginapan. Peserta juga dipecahkan dalam kumpulan-kumpulan kecil oleh fasilitator yang diketuai oleh Solihin iaitu bekas pelajar sekolah ini.

Pada sebelah malam diadakan kuliah maghrib berkaitan  solat dan selepas isyak diadakan ceramah pemantapan aqidah oleh Ust Abdullah bin Din. Selepas Subuh diadakan kuliah subuh berkaitan masbuk dan muwafiq seterusnya selepas sarapan aktiviti riadah dan belajar bertayamum. Pelajar juga diuji bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan dalam sembahyang.

Ceramah - ceramah dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah.Antara pengisian lain program ialah LDK ( pengenalan solat & Wudhuk ), ( Bacaan dan kaifiat Solat), Fiqh Wanita, Amali dan praktikal solat dan solat dhuha.


belajar bertayamum

Penutupan program oleh Pn Che Puteh bt Ahmad - Pengetua SMKDSA

Penyampaian hadiah dan sijil kepada  urusetia dan peserta
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini terutamanya kepada setiausaha program iaitu Ustaz Zulkifli bin Yaakob.