Translate

Ahad, 2 Ogos 2015

NAIB JOHAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2015

Pada 1 Ogos 2015, Pasukan  Bicara Berirama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad telah mewakili Daerah Padang Terap ke kejohanan tersebut. Pertandingan peringkat negeri ini diadakan di SBP Integrasi Bukit Kayu Hitam.


Sebelum ini  pada 23 Mei 2015 SMKDSA telah bertanding untuk peringkat daerah  yang diadakan di Sekolah Menengah Naka. Dalam pertandingan tersebut, pasukan ini telah berjaya menjadi johan mengalahkan pasukan-pasukan lain dalam daerah.

Dalam pertandingan yang sengit  pada peringkat negeri ini, pasukan SMKDSA telah terpilih sebagai naib johan peringkat negeri.
Tahniah kepada jurulatih pasukan  iaitu Pn Rushayati Rahim, En Abdul Ghafar dan Pn Khadzijah Ahmad. Terima kasih juga kepada guru ganti iaitu  Cik Nasibah  dan guru pengiring semasa hari pertandingan iaitu Pn Shamirah. Tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan tersebut. Semoga pada tahun hadapan kita akan berusaha untuk menjadi johan pula. Peluang kita terbuka luas kerana majoriti  peserta dalam pasukan ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.

Isnin, 30 Mac 2015

KEJOHANAN SUKAN SMKDSA 2015

Pada 26.2.2015 telah berlangsung kejohanan bagi acara balapan dan padang di SMK Dato' Syed Ahmad . Acara perasmian diadakan pada sebelah pagi oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Abdullah bin Omar. Acara pertandingan peringkat awal dijalankan dua hari sebelum hari kejohanan. Para peserta telah bertanding dengan penuh semangat dan telah berjaya  melahirkan ramai bakat-bakat baru.

 Pelajar-pelajar sesi petang telah diberi tanggungjawab untuk menyertai acara perbarisan rumah sukan. Mereka telah berlatih secara bersungguh-sungguh tanpa menghirau panas terik cuaca demi memastikan persembahan perbarisan yang hebat.





Acara penyampaian hadiah dijalankan di dewan sekolah pada jam 12 tengahari memandangkan keadaan cuaca yang sangat panas kebelakangan ini.Rumah Perdana telah muncul sebagai johan rumah sukan bagi tahun 2015. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Selasa, 10 Februari 2015

PROGRAM MOTIVASI DAN JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG

Pada hari ini 9 Februari 2015, telah berlangsung program motivasi yang dianjurkan bersama oleh Unit Kaunseling  dan  Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Tahniah kepada Cikgu Siti Afidah Ali dan Cikgu Abdul Ghafar atas usaha murni menjayakan program ini.

Antara tajuk-tajuk pengisian  ialah  Menggali Potensi Diri, Ceramah Jati Diri Remaja - Cinta Diri &  Cinta Negara, Belajar Hebat, Fokus Mantap dan Penilaian dan Resolusi Diri.
Program berakhir pada jam 6.30 petang.

Sabtu, 7 Februari 2015

KEM PEMANTAPAN SOLAT TINGKATAN 1 2015



Alhamdulillah bersyukur kita kerana Kem Pemantapan  Solat untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah selesai dijalankan dengan jayanya pada 5 dan 6 Februari. Kem bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 4.10 petang. Seterusnya peserta diberi taklimat ringkas tentang program dan penginapan. Peserta juga dipecahkan dalam kumpulan-kumpulan kecil oleh fasilitator yang diketuai oleh Solihin iaitu bekas pelajar sekolah ini.

Pada sebelah malam diadakan kuliah maghrib berkaitan  solat dan selepas isyak diadakan ceramah pemantapan aqidah oleh Ust Abdullah bin Din. Selepas Subuh diadakan kuliah subuh berkaitan masbuk dan muwafiq seterusnya selepas sarapan aktiviti riadah dan belajar bertayamum. Pelajar juga diuji bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan dalam sembahyang.

Ceramah - ceramah dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah.Antara pengisian lain program ialah LDK ( pengenalan solat & Wudhuk ), ( Bacaan dan kaifiat Solat), Fiqh Wanita, Amali dan praktikal solat dan solat dhuha.


belajar bertayamum

Penutupan program oleh Pn Che Puteh bt Ahmad - Pengetua SMKDSA

Penyampaian hadiah dan sijil kepada  urusetia dan peserta
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini terutamanya kepada setiausaha program iaitu Ustaz Zulkifli bin Yaakob.

Khamis, 15 Januari 2015

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DI SMK DATUK SYED AHMAD KUALA NERANG

Minggu orientasi merupakan minggu yang diadakan di sekolah-sekolah dengan tujuan+
1. memberi pendedahan awal tentang persekitaran baru pelajar
2. membina sosialisasi yang sihat dalam kalangan pelajar
3. membina keyakinan diri dalam diri pelajar

Program orientasi ini dikendali oleh Guru Kaunseling Sekolah iaitu Pn Siti Afidah binti Ali dan dibantu oleh fasilitator dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

Berbagai-bagai aktiviti dijalankan sepanjang program seperti taklimat tentang disiplin, PBS, PAJSK, buku teks, biasiswa, Pusat Sumber, Program Nilam dan sebagainya.
Selain itu pelajar-pelajar tingkatan satu juga diberi peluang mencuba bakat dalam acara memanah yang merupakan bidang kluster sekolah ini.
Majlis penutup minggu orientasi telah dijalankan pada 15 Januari 2015 oleh Penolong Kanan Petang. Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah. Seterusnya bacaan doa oleh wakil pelajar, ucapan wakil pelajar, ucapan Penutup oleh Puan Khadijah dan diakhiri dengan persembahan pelajar.
Persembahan nyanyian oleh Pelajar
Menguji bakat menimbang bola

Ucapan kaunselor

Perasmian Penutup

Guru-guru yang hadir dalam majlis penutupan

Ucapan wakil pelajar
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program orientasi 2015. Semoga anak-anak pelajar berjaya mengharungi alam sekolah menengah.

Rabu, 14 Januari 2015

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 tahun 2015





30.12.2014  merupakan hari pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2015. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran waris pelajar. Pendaftaran waris pelajar perlu dilakukan untuk memenuhi  data sarana ibu bapa.
Ust Zulkifli Yaakob sebagai Pengerusi Majlis

Pn Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Pentadbiran

Tepat jam 9.00 pagi majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Petang iaitu Pn Hajah Khadijah binti Ahmad yang mengalu-alaukan kehadiran ibu bapa seterusnya menerang tentatif program yang akan berlangsung pada hari ini dan keesokan hari. Seterusnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  iaitu En Roshidi Bin Derani memberi ucapan dengan memberi tumpuan kepada peraturan sekolah, asrama dan sarana ibu bapa. Penolong Kanan Pentadbiran pula iaitu Tuan Haji Abdul Rahman b Malik menyentuh tentang cara belajar pelajar sekolah menengah dan silibus yang akan diikuti oleh pelajar.

Pn Pengetua sedang berucap
 Kemuncak ucapan ialah ucapan Pn Pengetua iaitu Pn Hajah Che Puteh binti Ahmad. Beliau menyentuh tentang kecemerlangan sekolah kluster dan kepentingan para pelajar bergerak ke arah tersebut. Beliau juga menasihati ibu bapa agar menjaga kebajikan anak-anak tingkatan satu.
Pelajar khusyuk mendengar taklimat

Setelah tamat semua ucapan oleh pentadbir sekolah,  pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran. Tawaran kemasukan ke sekolah ini dibuat oleh Pejabat Pendidikan  Daerah Padang Terap berdasarkan keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2B. Para pelajar seterusnya ke koperasi sekolah untuk membeli keperluan seperti buku tulis, baju t rasmi sekolah, alat tulis dan sebagainya.

Pada 31.12.2014 pula diadakan program ujian Kelas Aliran Agama untuk mencari calon-calon yang layak ditempatkan dalam aliran agama. Soalan yang ditanya berkaitan kemahiran menulis jawi, bahasa Arab dan membaca al-Quran. Seramai 54 orang pelajar telah terpilih untuk menduduki kelas 1 Agama 1 dan 1 Agama 2. Kelas agama begitu tinggi permintaan daripada ibu bapa namun pihak sekolah tidak mampu membuka lebih banyak kelas. Mungkin pada masa depan lebih banyak kelas agama akan dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ujian Kelas Aliran Agama