Translate

Ahad, 1 Oktober 2017

PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK SESI PETANG 2017- Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 14 September 2017 Sesi petang SMK Dato Syed Ahmad telah mengadakan pertandingan pakaian bertemakan jalur gemilang. Pertandingan dijalankan selepas rehat dari jam 4.00 hingga 5.00 petang bertempat di Kafeteria Sekolah. Terdapat 12 kumpulan  mengambil bahagian.

Para peserta diminta naik ke pentas untuk memeperagakan pakaian masing-masing. Mereka telah menunjukkan kreativiti yang tinggi semasa membuat persembahan. Gaya ala pahlawan silam, gaya remaja semasa dan gaya masyarakat majmuk menjadi  inspirasi para peserta. Berikut berupa persembahan yang sempat dirakamkan oleh  lensa kamera guru-guru.











 
Pada 1.10.2017 acara penyampaian hadiah telah disempurnakan kepada para pemenang. Kumpulan 1E4 lelaki telah menjadi johan  keseluruhan. Tempat pertama  dimenangi oleh Kumpulan Pelajar Perempuan 1E1 dan tempat kedua  oleh kumpulan Lelaki 1E1. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan pelajar perempuan dari 1A1. Semua pelajar diberi hadiah saguhati sebagai  penghargaan atas kesungguhan mereka dalam pertandingan.








Semoga pada masa akan datang pertandingan ini akan diteruskan lagi kerana ia sangat bermakna buat pelajar. Terima kasih kepada semua guru sesi petang yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Selasa, 31 Januari 2017

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2017

Pada29.12.2016 bersamaan hari  Khamis, pihak sekolah telah menerima kemasukan  pelajar baru  tingkatan satu untuk tahun 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi di mana para pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran yang disediakan. Mereka membawa bersama-sama surat tawaran, keputusan peperiksaan UPSR  serta salinan kad pengenalan.




Setelah mendaftar kehadiran semua pelajar memasuki dewan sekolah untuk mendengar  taklimat dan ucapan. Majlis dipengerusi oleh Penyelia Tingkatan Satu iaitu Cikgu Mohd Akhir bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli bin Yaakob. Seterusnya taklimat perjalanan program pendaftaran  oleh Penolong Kanan Petang. Seterusnya taklimat tentang peraturan sekolah serta asrama oleh Penolong Kanan HEM. Akhir sekali ucapan Pengetua Sekolah yang menyentuh tentang Visi dan Misi Sekolah, Dual Language Program dan nasihat-nasihat umum untuk pelajar tingkatan satu.
















Para pelajar yang ingin memasuki kelas Aliran Agama seterusnya diminta untuk menduduki  Ujian Kelas Aliran Agama. Pelajar-pelajar lain  diminta bergerak ke Koperasi Sekolah untuk membeli kelengkapan dan alat tulis. Akhir sekali pelajar tingkatan satu diarahkan untuk mengambil buku teks. Setelah selesai pengambilan buku teks berakhirlah  atur cara untuk hari pendaftaran.





Setakat hari pertama 142 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.

Jumaat, 27 Januari 2017

KEM PEMANTAPAN SOLAT TINGKATAN 1 2017

Alhamdulillah pada 26  dan 27 haribulan Januari bersamaan hari Khamis dan Jumaat telah berlangsung Kem Solat  di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. Kem ini merupakan program tahunan yang dirancang khusus untuk pelajar tingkatan 1. Kem bermula dengan pendaftaran pelajar pada jam 12.00 tengahari Khamis. Selesai pendaftaran, para pelajar telah diberi taklimat tentang peraturan asrama oleh Cikgu Mohd Akhir b Hassan. Setelah itu pelajar solat dan setelah selesai solat Zohor bermulalah kem dua hari satu malam ini.




Objektif program ini adalah :
1)   Mempraktikkan ibadah solat dengan sempurna di kalangan pelajar.
2) Memberi bimbingan kepada para pelajar tentang kaifiat dan kelebihan solatberpandukan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kajian saintifik.
3)   Membetulkan bacaan-bacaan dalam solat dalam kalangan pelajar.
 
Atur cara program adalah seperti berikut :






26 Januari2017 (Khamis)
MASA
PERKARA
Tempat
Tindakan
12.00 pm -2.00 pm
Pendaftaran pelajar / taklimat asrama
Surau
JK pendaftaran
En. Mohd Akhir
2.00 pm – 3.00 pm
Solat Zohor/ Taklimat
Surau

Jk Kerohanian/ Ketua Fasi
3.00 pm – 4.00 pm
Ice Breaking
Dewan
Fasilitator
4.00 pm – 4.50 pm
LDK 1 : (Pengenalan Solat & Wuduk)
Dewan
Fasilitator
4.50 pm – 5.15 pm
Solat Asar
Surau
JK Kerohanian
5.15 pm – 6.15 pm
Riadah: (Tayammum)

Dataran Sekolah
Fasilitator
6.15 pm – 7.15pm
Persiapan Diri  /  Makan   Malam
Kantin
JK Makanan
7.15 pm – 9.00pm
Solat Maghrib/Kuliah Maghrib : (Kepentingan   
      Solat)
      Oleh :
Us.Misbahuddin bin Yusuf

Surau
JK Kerohanian
9.00 pm – 9.30 pm
Solat Isyak

JK Kerohanian
9.30 pm – 10.30   
    pm
LDK 2 :(Pengenalan Mandi Wajib dan cara-cara mandi Wajib)
Surau/
Dewan

10.30 pm – 11.00  
    pm
Minum Malam
Kantin
JK Makanan
11.30 pm
Tidur

Asrama
JK Penginapan

27 Januari 2017 (Jumaat)
MASA
PERKARA
Tempat
Tindakan
4.30 am-5.00 am
Persiapan Diri
Asrama
JK Penginapan
5.00 am – 6.00 am
Qiyamulail
Oleh : Ust Mohd Isa bin Awang Ahmad

Surau
JK Kerohanian
6.00 am – 7.30 pm
Solat Subuh/Kuliah Subuh :
(Akidah Islamiyyah)
Oleh : Ust Ahmad Lutfi bin Abdullah
Surau
JK Kerohanian
7.30 am – 8.00 am
Senaman Pagi
Dataran Sekolah
Fasilitator
8.00 am – 9.00 am
Sarapan Pagi
Kantin
JK Makanan
9.00 am – 9.15 am
Solat Sunat Dhuha
Surau
JK Kerohanian
9.15 am – 11.15 am
LDK 3 :
(Bacaan & Amali Praktikal Solat)
Dewan
Fasilitator
11.30 am – 12.00 am
Majlis Perasmian Penutup oleh Pengetua

Surau
 
Setiausaha




 Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Pengetua sekolah. Kami sangat bersyukur kerana kamilah kumpulan yang pertama dapat bersama-sama dengan pengetua yang baru melaporkan diri pada 25 Januari lalu. Semoga usaha baik ini akan terus berjalan pada tahun akan datang.                                                                                                                                 



Selasa, 11 Oktober 2016

KURSUS DALAMAN KSSM

Alhamdulillah semua  wakil subjek tingkatan 1  telah dipanggil oleh Pejabat Pelajaran daerah Padang Terap  untuk mengikuti  kursus pendedahan tentang Kurikulum Standard sekolah Menengah yang akan mula dilaksanakan  pada tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, kursus dalaman telah dirancang dan dijalankan untuk menyebar maklumat tentang apa yang diperolehi wakil-wakil guru dalam kursus yang dihadiri. Semua guru tingkatan 1  telah hadir dalam kursus yang diadakan. Berikut merupakan jadual kursus dalaman KSSM yang diadakan baru-baru ini.

 Tarikh                Masa                                Tajuk

28.9.2016         11.00 - 1.00 tgh                 Slot 1 - Taklimat Umum KSSM / Pentaksiran Sekolah

4.10.2016         11.00 - 1.00 tgh                  Slot 2 - DSKP/RPT / RPH  Subjek-subjek


Guru-guru yang hadir dalam Kursus Dalaman KSSM

Jurulatih Daerah  bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah  diberi tanggungjawab untuk  menyampaikan  ceramah bagi Slot 1. Bagi Slot 2 pula, JU subjek yang diberi kepercayaan untuk menyampaikan maklumat terkini tentang subjek masing-masing.

Panitia Bahasa Melayu

Panitia Pendidikan Islam
Panitia B. Inggeris



Panitia Rekabentuk Teknologi
Panitia Sains dan Matematik



Kursus ini didapati telah berjaya memberi gambaran awal tentang perubahan  yang akan berlaku pada tahun hadapan. Semoga usaha kita ini  telah membuka jalan untuk kita merintis perubahan yang akan berlaku.

Disediakan oleh,
PK Petang SMKDSA

Ahad, 2 Ogos 2015

NAIB JOHAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2015

Pada 1 Ogos 2015, Pasukan  Bicara Berirama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad telah mewakili Daerah Padang Terap ke kejohanan tersebut. Pertandingan peringkat negeri ini diadakan di SBP Integrasi Bukit Kayu Hitam.


Sebelum ini  pada 23 Mei 2015 SMKDSA telah bertanding untuk peringkat daerah  yang diadakan di Sekolah Menengah Naka. Dalam pertandingan tersebut, pasukan ini telah berjaya menjadi johan mengalahkan pasukan-pasukan lain dalam daerah.

Dalam pertandingan yang sengit  pada peringkat negeri ini, pasukan SMKDSA telah terpilih sebagai naib johan peringkat negeri.
Tahniah kepada jurulatih pasukan  iaitu Pn Rushayati Rahim, En Abdul Ghafar dan Pn Khadzijah Ahmad. Terima kasih juga kepada guru ganti iaitu  Cik Nasibah  dan guru pengiring semasa hari pertandingan iaitu Pn Shamirah. Tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan tersebut. Semoga pada tahun hadapan kita akan berusaha untuk menjadi johan pula. Peluang kita terbuka luas kerana majoriti  peserta dalam pasukan ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.

Isnin, 30 Mac 2015

KEJOHANAN SUKAN SMKDSA 2015

Pada 26.2.2015 telah berlangsung kejohanan bagi acara balapan dan padang di SMK Dato' Syed Ahmad . Acara perasmian diadakan pada sebelah pagi oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Abdullah bin Omar. Acara pertandingan peringkat awal dijalankan dua hari sebelum hari kejohanan. Para peserta telah bertanding dengan penuh semangat dan telah berjaya  melahirkan ramai bakat-bakat baru.

 Pelajar-pelajar sesi petang telah diberi tanggungjawab untuk menyertai acara perbarisan rumah sukan. Mereka telah berlatih secara bersungguh-sungguh tanpa menghirau panas terik cuaca demi memastikan persembahan perbarisan yang hebat.





Acara penyampaian hadiah dijalankan di dewan sekolah pada jam 12 tengahari memandangkan keadaan cuaca yang sangat panas kebelakangan ini.Rumah Perdana telah muncul sebagai johan rumah sukan bagi tahun 2015. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.